Monday, February 6, 2012

Gout


Apa itu Gout?

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di ...samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-

- Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
- Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
- Daging merah.
- Cendawan.
- Yis (roti putih, roti manis).

Friday, February 3, 2012

Anemia Ketika Hamil


Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).
*image googled*
Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!

anda harus ingat bahawa kekurangan zat besi dalam badan ibu hamil tidak boleh dipandang REMEH...
sila lihat pautan ini: bahaya zat besi kurang

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.
Maka, di Shaklee, pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.

TIPS pengambilan Iron suplement:
(1) Pengambilan sumber Vitamin-C bersama-sama dengan Iron supplement akan membantu penyerapan zat besi pada tahap optimum!
(2) Elakkan mengambil sumber kalsium bersama-sama dengan sumber zat besi, kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi sepenuhnya.
(3) Sumber asid folat (folic acid) juga membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal di dalam badan. Di Shaklee, sumber asid folat boleh di dapati dari Shaklee Vita-Lea & Shaklee B-Complex.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi kami di mailto:ruziah09@yahoo.com.my   atau  SMS ke 0192649362 
Special for Our Customer .. :-)