Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
- Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
- Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
- Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul.
Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia…namun kini golongan muda bahkan kanak-kanak juga ada yang mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat.
Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga anda mahupun saudara mara atau rakan-rakan yang mengidap diabetes, anda bolehlah syorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit. InsyaAllah!
Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.
“Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol. Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah…..
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah…..
Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee…
Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.
Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira.
“Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni…. “ beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya.
(Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)
SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah… setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini. Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.
Satu lagi minuman yang saya bekalkan untuk mak dan ayah saya adalah Shaklee Performance Drink khusus untuk membekalkan mereka tenaga dan mengelakkan dari dehidrasi sewaktu beribadah di Mekah kelak. Semoga mak dan ayah saya dapat melakukan ibadah Haji dengan lebih bertenaga dan sempurna tanpa sebarang halangan… insyaAllah…”
Berminat?
Sila emailkan kepada ruziah09@yahoo.com.my atau SMS ke 019-2649362 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!!
Harap Maklum.
No comments:
Post a Comment